nuffnang

Isnin, 3 Januari 2011

~TANAH UTK DISEWA/JUAL~

Assalammualaikum..

lama tak masuk kesini...sibuk dgn pelbagai urusan ... dan terlupa password utk masuk ke blog nie....haha...memang sudah tua saya ini nampaknya..

Bagi sesiapa yg berminat utk menyewa tanah di sekitar area Pulau Indah amatlah dialu2kan...Sila hubungi saya dengan segera.. Lokasi tanah adalah jauh dr kawasan perumahan ,namun kemudahan seperti jalan raya ada disediakan.Berhampiran dgn kawasan free zon dan westport.Tanah sesuai utk dibina reban ayam,ladang ternakan atau tanaman sayuran.Tanah adalah seluas suku ekar. Bagi yg berminat utk membeli tanah juga bolehlah menghubungi saya terus .

Sewa : bulanan RM 350.00 (suku ekar),
Jual : RM 90,000 .00 (boleh dirunding)

Lokasi > erea Pulau Indah,berhampiran free zone dan westport.Jauh dari kawasan perumahan.

Saiz > suku ekar

HUBUNGI : IJAL 017-3853924

Rabu, 5 Mei 2010

~Lama menyepi~

Assalammualaikum...

Lama aku menyepi dari berblog...Macam-macam hal yg perlu diuruskan...


Bagi sesiapa yg berminat untuk beli kambing ,sila hubungi aku segera.....

ijal-(0173853924)

Ahad, 7 Mac 2010

Hupdate Reban Umah Mertua

Assalamualaikum...
Skang ni tengah sebok uruskan kebun pisang dgn reban ayam kampong kat umah mertua.Cuaca kan agak panas skang ni.Nampaknyerr reban tu dalam proses nak dinding.Nak beli jaring utk buat pagar luar.Aku bina reban tu sorang2 lambat le sikit..
Hmm..dalam diam2 orang rumah aku pulak bersuara nak bele ikan sepat.Pasal seronok tangkap ikan sepat rumah pakcik aku kat tanjong karang,InsyaAllah siap urusan reban , bolehlah pk pasal hajat nak bele ikan sepat pulak..




Rabu, 17 Februari 2010

~Tetamu Blogger~

Assalamualaikum....

Setinggi penghargaan kepada en.eldo sekeluarga yang sudi melapangkan masa untuk datang sendiri ke kampung aku,rumah aku. Beliau hadir bersama isteri dan dua orang anaknye seawal jam 10 pagi.Nasib tak tersesat dan pandai cari jalan.Kedatangan en.eldo sekeluarga adalah kerana mengambil benih anak pisang tanduk yg beliau order dari aku. Tak banyak dalam 100 pokok.Terima kasih kerana sudi berurusniaga dengan saya,harap lepas ni tak serik nak datang lagi.

sekilas pandang dan kali pertama berjumpa penilaian aku padanya beliau memang seorang yg sangt rajin dan dari ceritanya beliau memang orang yang suka bertani ni.Walau hanya separuh masa.Aku sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan beliau,walau sekejap.Hajat hati teringin nak lihat sendiri kebun yg diusahakannya,bagaimanalah keadaannya dengan kawasan yg terhad di bandar dan pekan pulak tu.Tahniah kepada en.eldo kerana minat dan usahanya berbakti kepada tanah.Aku ni ade gak cita2 nak rajin tapi kadang2 malas tu lagi banyak...Macam mane nak maju yerrr...????

Ok,kepada sesiapa di luar sana yang nak benih anak pisang...Bolehlah hubungi saya segere.InsyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan bekalan benih anak pisang tu nanti.Harga boleh dirunding.

Hubungi saya di talian 017-3853924 (ijal)

Khamis, 11 Februari 2010

~Sape Nak Beli Kambing~

Assalamualaikum...

Hmm...aku nak jual kambing...ade sesape nak beli tak...Umor kambing dalam 1 1/2 tahun.Harga dalam RM400.00 sekor. still boleh dirunding lagi.Kalau nak Hubungi aku segere ok....

ijal : 017-3853924

Khamis, 4 Februari 2010

~Tapak Reban Ayam Kampong~

Assalamualaikum....

Sekarang ni aku tgh nak buat reban ayam kampong asli pulak..ialah sebelum ni ade pun kat belah umah mak apak aku..Aku plak skang ni bukan dok dgn dorang lagi dok dgn mertua...Makanya haruslah aku buat reban dekat2 dengan rumah mertua aku.Aku plan nak carik bapak ayam dgn mak ayam sekali utk aku jadikan induk baru...Kire ni untuk the latest fmly ayamlah dalam reban baru tu.Ialah memang ada ayam aku kat umah mak bapak aku ni tp takkan aku nak amik ayam2 tu plak kan..elok aku carik jerr induk baru.Ayam kacuk still aku jaga itu kongsi dengan family gak..

kat bawah ni antara lokasi yg akn menjadi pilihan aku...tp sebenarnya waktu aku edit gambar ni..aku dah pun memulakan membina reban tersebut..Lokasi di belakang rumah mertua aku. Bahan aku gune kayu2 bundle dan zink2 terpakai jerr...lagi pun ade bangsal yg dah nak runtuh...aku amiklah kayu2 yg boleh dipakai lagi. Hmm gambar reban baru tu nanti kalau dah tegak tiang bolehlah aku tunjuk.

semak lagiii...

Reban lama dan bangsal lama..
lokasi kebun bapak aku.


Lokasi dan gambar di atas adalah untuk tapak Projek aku akan datang.kalau dah dapat loan aku tuhhh inilah lokasi yg aku fikirkan strategik .Untuk reban yg aku tgh bina sekarang ni belakang rumah mertua aku jerr next entry aku tunjuk.

Ahad, 24 Januari 2010

~Kisah Kambing Bapak Aku~

Salam semua...

Ok untuk entry kali ni aku nak lepaskan geram sikit....Selain dari ternak ayam,keluarga aku ade gak bele kambing,dalam 20 ekor mcm tu lah...Alkisahnya kambing-kambing ni dijaga oleh pekerja Indon kami. Tapi aku pernah gak tolong sabit rumput bagi makan semua.Dalam hati aku ni aku nak ambil alih semua kambing2 ni utk aku uruskan.Tapi buat mase skang ni aku perlukan duit untuk buat bayaran pendahuluan pd bapak aku...ye lah walau pun anak beranak tak kan aku nak ambik mcm tu jerr...Lagipun kambing-kambing ni mcm bapak aku dah bg kepercayaan pd pekerje dia tuhh untuk diuruskan,makanya aku kenelah buat bayaran kalau nak ambil alih menjaga kambing2 tuhh...Hmm...

Yang buat aku tak berapa nak berpuas hati...bapak aku ni sgt lah percaya pada org lain selain dr anak sendiri.Bapak aku skang ni tgh uzur sebab kemalangan yg mengakibatkan berlaku gegaran pd otak dia..Skang ni dlm proses pemulihan.Yang tak bestnyerr aku dgr cerita pasal kambing2 ni...ada 5 ekor dah di ambik orang.Ambikkk jerr...tanpa bayaran pun...aku dengar2 lagi cuma bayar dalam jumlah RM300 sahaja utk 5 ekor kambing. Bayangkanlah geram betul hati aku dgr berita ni...ayah aku plak dah tak hingat ape2 untuk aku tanye dan pastikan hal ni...ewahh mentang2 ayah aku dah jd mcm tuhhh korang boleh ambil kesempatan...nak dipijak2 nyerr sahaja ktorang ni....Aku dah pun berjumpa dgn kawan kepada org yg membeli ni....malangnya aku nak jumpa si pembeli sampai hari ni dok sebuk memanjang..tp aku rase mcm mengelak dari aku..siap lah ko....Aku bukan nak carik gaduh,tp agak2 lah tak kan tak bayar kottt kambing2 tuhh bukan harta mak bapak ko suka2 nak ambik mcm tu jerr...alasan si kawan dia ni td, dulu mase ambik kambing tuhh ayah aku ckp boleh bayar kalau dah terjual kambing tuhh ...skang ni kambing tu tak jual lagikk....Hmm boleh ke diterima...ntah betul ntah tak.....aduhh...!!! sakit betul hati aku ni...aku yg nak ambil alih kambing tu punn kene bayar,dorang2 ni plak suke2 hati jerr amik kambing2 tuhh...Makanya skang ni aku dah nekad....ade duit aku ambil semula semua kambing2 tuhh....ape nak jadi2 jadilah...

Nie lah reban kambing tuhh...dalam ade 10 ekor jerr..5 ekor org tu dah curikkkkk....
Aku tgh dok sedih ..nak ambil alih takde duit lagikkk....


Apelah nasib kambing ni dan nasib aku kelak...


kambing ooo hh kambing...


reban ayam aku sebelah kambing...letak satu kawasan...