nuffnang

Rabu, 17 Februari 2010

~Tetamu Blogger~

Assalamualaikum....

Setinggi penghargaan kepada en.eldo sekeluarga yang sudi melapangkan masa untuk datang sendiri ke kampung aku,rumah aku. Beliau hadir bersama isteri dan dua orang anaknye seawal jam 10 pagi.Nasib tak tersesat dan pandai cari jalan.Kedatangan en.eldo sekeluarga adalah kerana mengambil benih anak pisang tanduk yg beliau order dari aku. Tak banyak dalam 100 pokok.Terima kasih kerana sudi berurusniaga dengan saya,harap lepas ni tak serik nak datang lagi.

sekilas pandang dan kali pertama berjumpa penilaian aku padanya beliau memang seorang yg sangt rajin dan dari ceritanya beliau memang orang yang suka bertani ni.Walau hanya separuh masa.Aku sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan beliau,walau sekejap.Hajat hati teringin nak lihat sendiri kebun yg diusahakannya,bagaimanalah keadaannya dengan kawasan yg terhad di bandar dan pekan pulak tu.Tahniah kepada en.eldo kerana minat dan usahanya berbakti kepada tanah.Aku ni ade gak cita2 nak rajin tapi kadang2 malas tu lagi banyak...Macam mane nak maju yerrr...????

Ok,kepada sesiapa di luar sana yang nak benih anak pisang...Bolehlah hubungi saya segere.InsyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan bekalan benih anak pisang tu nanti.Harga boleh dirunding.

Hubungi saya di talian 017-3853924 (ijal)

Khamis, 11 Februari 2010

~Sape Nak Beli Kambing~

Assalamualaikum...

Hmm...aku nak jual kambing...ade sesape nak beli tak...Umor kambing dalam 1 1/2 tahun.Harga dalam RM400.00 sekor. still boleh dirunding lagi.Kalau nak Hubungi aku segere ok....

ijal : 017-3853924

Khamis, 4 Februari 2010

~Tapak Reban Ayam Kampong~

Assalamualaikum....

Sekarang ni aku tgh nak buat reban ayam kampong asli pulak..ialah sebelum ni ade pun kat belah umah mak apak aku..Aku plak skang ni bukan dok dgn dorang lagi dok dgn mertua...Makanya haruslah aku buat reban dekat2 dengan rumah mertua aku.Aku plan nak carik bapak ayam dgn mak ayam sekali utk aku jadikan induk baru...Kire ni untuk the latest fmly ayamlah dalam reban baru tu.Ialah memang ada ayam aku kat umah mak bapak aku ni tp takkan aku nak amik ayam2 tu plak kan..elok aku carik jerr induk baru.Ayam kacuk still aku jaga itu kongsi dengan family gak..

kat bawah ni antara lokasi yg akn menjadi pilihan aku...tp sebenarnya waktu aku edit gambar ni..aku dah pun memulakan membina reban tersebut..Lokasi di belakang rumah mertua aku. Bahan aku gune kayu2 bundle dan zink2 terpakai jerr...lagi pun ade bangsal yg dah nak runtuh...aku amiklah kayu2 yg boleh dipakai lagi. Hmm gambar reban baru tu nanti kalau dah tegak tiang bolehlah aku tunjuk.

semak lagiii...

Reban lama dan bangsal lama..
lokasi kebun bapak aku.


Lokasi dan gambar di atas adalah untuk tapak Projek aku akan datang.kalau dah dapat loan aku tuhhh inilah lokasi yg aku fikirkan strategik .Untuk reban yg aku tgh bina sekarang ni belakang rumah mertua aku jerr next entry aku tunjuk.